Menteri Pertahanan Malaysia, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein, telah menekankan sekuriti siber sebagai ‘amat penting’ dan ‘ancaman tidak konvensional’ dan mesti ditangani.
Bercakap menjelang pameran Defence Services Asia di Kuala Lumpur, Hussein berkata: ‘Isu sekuriti negara tidak pernah lebih penting daripada hari ini, apabila ancaman-ancaman lebih berleluasa berbanding dahulu, dalam pelbagai rupa bentuk’.
‘Kemajuan sains dan teknologi telah merangsangkan lagi ancaman-ancaman bentuk baru, termasuk ancaman tidak konvensional seperti senjata biologi [dan] sekuriti siber,’ beliau meneruskan.
Turut bersetuju dengan pendapat Menteri Pertahanan ialah General Datuk Raja Mohamed Affandi Bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, yang merujuk kepada peningkatan jenayah