To make this website work, we log user data. By using Shephard's online services, you agree to our Privacy Policy, including cookie policy.

×
Open menu

Digital Battlespace

Defence Services Asia: Matlamat Havelsan MoU untuk meningkatkan keupayaan EW Malaysia

17th April 2014 - 08:09 GMT | by The Shephard News Team in Kuala Lumpur

RSS

Havelsan telah bersetuju untuk satu Memorandum of Understanding (MoU) dengan syarikan Malaysia, Impressive Communications, untuk bekerjasama dengan pengurusan pangkalan data dan sistem informasi Electronic Warfare (EW) untuk Malaysian Armed Forces (MAF).

Ditandatangani pada 15 April di pameran Defence Services Asia (DSA) di Kuala Lumpur, MoU itu bertujuan untuk meningkatkan kecekapan EW MAF dan akan melibatkan satu hubungan jangka panjang untuk bersama-sama membina perisian berdasarkan penyelesaian Havelsan yang sedia ada. Jurucakap Havelsan berkata inisiatif itu akan ‘menjadi tulang belakang kepada keupayaan perkembagan EW di negara ini.’

MoU itu ditandatangani oleh CEO Impressive Communications, Tan Sri Dato Wira Abd Halim Karim dan CEO Havelsan, Sadik Yamac.

Khususnya, perjanjian itu melibatkan latihan pelajar kejuruteraan elektrik dan eletronik di dalam EW di Universiti Pertahanan National Malaysia.

Impressive Communications di Kuala Lumpur akan bertindak sebagai rakan kongsi tempatan Havelsan di Malaysia. Data Collection, Archiving and Transfer Service (DCATS) oleh Impressive Communications boleh disepadukan dengan pelayan data yang sedia ada, tapak pemprosesan jauh dan perisian pempropresan. Ia mampu menangkap, mejamin, menyimpan dan memindahkan fail data ‘berjumlah tinggi’ dalam masa nyata dan terdiri daripada rak 19-inci.

Tentera Udara Diraja Malaysia kini menggunakan 18 pesawat Sukhoi Su-30MKM pelbagai fungsi untuk misi EW. Platform dilengkapi dengan KNIRTI SAP-618 canggih pod jamming. MAF juga mengendalikan unit-unit EW di dalam tentera dan tentera laut. Havelsan sudah mempunyai kehadiran Asia Pacific di alam EW. Ia kini menyoking Pakistan yang melancarkan EW Test and Training Range pada tahun 2011.

For English version, click here

Back to News

Share to

Linkedin